Promosi Yamaha Exciter 150 di pasaran Vietnam, hadiah wang tunai dan 10 unit Yamaha MT-03

Bagi terus merancakkan jualan Yamaha Exciter 150, Yamaha Motor Vietnam telah menganjurkan promosi menarik yang menawarkan hadiah berupa wang tunai sebanyak 1,500,000 VND, bersama-sama kupon cabutan bertuah yang menawarkan sehingga 10 buah motosikal Yamaha MT-03, berharga 124,000,000 VND (RM 21,935.14).

Antara syarat-syarat penyertaan ialah setiap peserta perlu membeli mana-mana model Yamaha Exciter 150, termasuk mendaftar di dalam laman web yang disediakan oleh pihak Yamaha Motor Vietnam. Setiap peserta boleh membeli seberapa banyak model Yamaha Exciter 150 untuk mendapatkan lebih banyak kupon cabutan bertuah MT-03.

Melihat kepada promosi yang dianjurkan oleh Yamaha Motor Vietnam ini, pengguna motosikal di pasaran Vietnam boleh dikatakan bertuah kerana tidak perlu membayar harga yang lebih mahal daripada yang ditetapkan oleh pengeluar, untuk memiliki mana-mana model Yamaha Exciter 150 termasuk versi terbaharu The Four Kings 2021.

Selain itu, promosi yang dijalankan ini juga berkemungkinan besar bagi menghadapi penurunan harga Honda Winner X yang ketika ini dikatakan mendapat sambutan di pasaran Vietnam. Atau berkemungkinan juga ianya sebagai persediaan awal sebelum Yamaha Motor Vietnam melancarkan model terbaharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021.


Artikel Popular Minggu Ini :

Dayang ADV150 diilhamkan daripada model Honda ADV150, dilengkapi enjin lebih berkuasa dan kamera depan belakang

Pelancaran rasmi Honda ADV150 2021 dijangka pada bulan Februari depan, harga asas sekitar RM 14k

Penampilan baharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 apabila dipasangkan lampu depan (headlamp) Yamaha Exciter 150