NMoto Golden Age 2021 tampil berbeza, diasaskan daripada model skuter maxi BMW C400X

NMoto Studio USA baru-baru ini telah memperkenalkan prototaip model terbaharu yang dikenali dengan nama NMoto Golden Age. Model bergaya klasik tersebut akan berada di pasaran mulai tahun depan, hadir dengan penampilan yang sangat berbeza dan unik, yang pastinya bakal membuatkan ramai orang akan terpaku ketika memandangnya.

NMoto Golden Age 2021 dibangunkan dengan asasnya daripada model skuter maxi BMW C400X, dengan inspirasi sebenarnya ialah daripada model Henderson Streamline KJ buatan tahun 1930 yang dimodifikasi oleh Mr. Orley Ray Courtney. Menurut sumber, prototaip one-off yang siap sepenuhnya pada tahun 1935 itu dianugerahkan US paten tersendiri, terbina hanya 2 unit sahaja dan dibeli oleh pengumpul Mr. Frank Westfall.

NMoto Golden Age akan dikuasakan enjin 350cc BMW yang menawarkan kuasa sekitar 35hp, dan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden, teknologi dan ciri-ciriĀ  yang dimiliki oleh BMW C400X. Untuk peminat motosikal yang mahukan kelainan dan sebuah motosikal moden klasik, NMoto Golden Age ini pastinya akan menjadi pilihan.

Artikel Popular Minggu Ini :