Kymco CV3 2021 diperkenalkan, skuter maxi dengan roda tiga

Syarikat pengeluar skuter terkemuka dari Taiwan, Kymco baru-baru ini secara rasminya memperkenalkan skuter maxi roda tiga pertama keluarannya, dikenali dengan nama Kymco CV3. Model tersebut mempunyai dua roda di bahagian depannya, sama seperti barisan model skuter Yamaha Tricity, dengan yang terbaru ialah Yamaha Tricity 300.

Kymco CV3 yang akan berada di pasaran mulai musim 2021 itu dikuasakan enjin dalam kapasiti 550.4cc (DOHC, 4-Stroke, 8V, In-line twin) dengan sistem suntikan bahan api dan sistem penyejukan cecair. Enjin tersebut kemudiannya menghasilkan jumlah kuasa maksimum 51.66PS (38kW) @ 7,500rpm dengan tork maksimum 53Nm @ 5,750rpm.

Beralih ke bahagian sistem suspensi, di bahagian depannya ialah fork jenis USD yang menampung kedua-dua belah bahagian roda, termasuk fork di bahagian belakang yang direka baharu, dipasangkan selari dengan fork di bahagian depan. Sistem suspensi monoshock dibahagian belakang pula beroperasi dengan sepasang unit lengan ayun.

Tayar depan Kymco CV3 masing-masing didatangkan dalam siri 110/70-13, sementara tayar belakangnya hadir dalam siri 160/60-R15. Sistem brek cakera pula memastikan tahap keselamatannya sentiasa terjamin. Tinggi tempat duduk Kymco V3 ialah 795 mm, berat 280 kg (curb weight) dan mempunyai kapasiti penuh tangki bahan api 15.5 liter.

Menurut pengeluarnya, skuter maxi roda tiga Kymco CV3 ini menawarkan kestabilan tambahan dan keyakinan dalam pelbagai situasi jalan raya dan cuaca. Model tersebut juga dilengkapi ciri Power Transmission Matrix (PTM) yang menawarkan agihan berat yang sempurna, seterusnya menghasilkan kawalan pengendalian yang lebih baik.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?