Kawasaki KLX300SM 2021 supermoto dilancarkan di pasaran USA, harga $5,999

Kawasaki di pasaran USA pada 23hb. November 2020 baru-baru ini telah melancarkan model supermoto terbaharu Kawasaki KLX300SM 2021, pada harga sebanyak $5,999 (bersamaan RM 24,439.93 mengikut kadar semasa). Model tersebut didatangkan dalam dua skim pilihan warna iaitu Lime Green / Ebony dan Oriental Blue / Ebony.

Sebagai sebuah model dalam kategori supermoto, Kawasaki KLX300SM menawarkan tayar depan dan belakang masing-masing dalam siri 110/70-17 dan 130/70-17. Selain itu ialah enjin 292cc (4-stroke single, DOHC, liquid-cooled) yang berkuasa dengan kotak gear enam kelajuan, dan ianya turut dilengkapi sistem penghidup jenis elektrik.

Melengkapkan lagi ciri-cirinya sebagai sebuah model supermoto sejati ialah suspensi khas di bahagian depan yang didatangkan dengan ukuran travel yang panjang. Sistem brek cakera jenis petal di bahagian roda depan dan belakang pula menawarkan prestasi pemberhentian yang impresif, merupakan gabungan di antara cakera depan 300 mm dengan kaliper dua piston dan cakera belakang 240 mm dengan kaliper satu piston.

Kawalan dan pengendalian Kawasaki KLX300SM yang lincah sama ada di jalanan atau trek disokong oleh kerangka perimeter dengan keluli tegangan tinggi, yang mana ianya menawarkan pakej yang ringan dan langsing. Melengkapkan lagi model tersebut ialah panel meter digital pelbagai informasi dan tempat duduk dengan ketinggian 861 mm.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?