Galeri : GPX Drone di pasaran Thailand

Salah sebuah model skuter terbaharu yang mendapat perhatian ramai baru-baru ini ialah GPX Drone, hasil kerjasama di antara syarikat pengeluar motosikal GPX Thailand dan pengeluar skuter terkenal SYM Taiwan. GPX Drone yang dikuasakan enjin 150cc tampil dengan reka bentuk menarik dan telah pun ditawarkan di pasaran Thailand.

Menariknya untuk pasaran Malaysia, GPX Drone turut akan dilancarkan oleh syarikat tempatan MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. dalam suku pertama tahun depan, dan ianya akan dikenali dengan nama SYM Jet X 150. Ini bermakna model tersebut merupakan produk keluaran SYM yang akan diedarkan oleh MForce untuk pasaran tempatan.

Untuk pasaran Thailand, harga GPX Drone dalam lingkungan THB 65,900 sehingga THB 70,800, bersamaan RM 8,850.85 sehingga RM 9,508.95 mengikut kadar tukaran semasa. Untuk anda yang mungkin bercadang untuk memilikinya apabila dilancarkan nanti, saksikan dahulu gambar-gambar menarik GPX Drone dalam galeri di bawah.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?