SYM Maxsym TL500 2020 akan tiba di bilik pameran pengedar pada penghujung Disember 2020

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. baru-baru ini telah mengumumkan model skuter maxi terbaharu SYM Maxsym TL500 2020 akan tiba di bilik pameran pengedar secara rasmi di seluruh negara pada penghujung bulan Disember depan. Model tersebut sebelum ini dilancarkan dalam bulan Mei 2020, dengan harga asas sebanyak RM 35,888.00.

SYM Maxsym TL500 2020 boleh didapati dalam tiga pilihan warna menarik seperti Matt Blue, Matt Black dan Grey. Ianya dilengkapi enjin dalam sesaran 465cc (twin-cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 8-valve) dengan sistem E.F.I dan penghidup elektrik. Sistem transmisinya ialah automatik CVT yang mengunakan pacuan akhir jenis rantai.

Skuter maxi sporty itu mempunyai ketinggian pelana 795 mm dan tangki minyak dengan kapasiti maksimum 12.5 liter. Untuk pengendalian yang tangkas dan tahap keselesaan maksimum, sistem suspensi depannya didatangkan fork jenis upside-down, manakala di bahagian belakangnya ialah suspensi multi-link monoshock di posisi sebelah kiri.

Untuk pemberhentian yang selamat, ianya ditugaskan kepada brek cakera berkembar 275 mm di bahagian depan dan brek cakera tunggal 275 mm di bahagian belakang, lengkap dengan sistem brek ABS dua saluran. Beralih ke bahagian roda, SYM Maxsym TL500 dibekalkan tayar depan dalam siri 120/70-R15 dan tayar belakang 160/60-R15.

SYM Maxsym TL500 turut dilengkapi sistem lampu LED, paparan instrumen TFT 4.5 inci dengan ciri kecerahan auto, skrin penghadang angin dengan ciri boleh laras pada dua posisi, port pengecas USB dan dua ruang kompatmen di bahagian depan, serta dua saluran paip ekzos berbentuk sarang lebah yang menghasilkan bunyi yang padu.

Untuk ketenangan fikiran pemiliknya, SYM Maxsym TL500 didatangkan dengan jaminan selama tempoh dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km, yang mana tiba dahulu. Untuk membuat tempahan, anda boleh berkunjung ke mana-mana cawangan pengedar yang berdekatan, seterusnya bersedia untuk aktiviti kembara yang menyeronokkan.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?