Kawasaki Z H2 SE 2021 terima naik taraf sistem suspensi canggih dan sistem brek yang lebih berkuasa

Kawasaki baru-baru ini memperkenalkan jentera hypernaked ekstrem Kawasaki Z H2 SE 2021, yang mana ianya merupakan tambahan varian terbaharu untuk model sedia ada Kawasaki Z H2 2021. Perbezaan utama yang dibawakan oleh varian SE ialah ianya telah menerima naik taraf terkini di bahagian sistem suspensi dan sistem brek.

Kawasaki Z H2 SE 2021 dilengkapi teknologi suspensi elektronik separa-aktif Showa Skyhook yang canggih, terdiri daripada fork depan Showa SFF-CA 43 mm dan suspensi monoshock belakang Showa BFRC. Sistem suspensi tersebut menawarkan keselesaan dalam pelbagai situasi dan mod tunggangan dengan cirinya yang boleh dilaraskan.

Aspek pemberhentian pula kini lebih berkuasa dan terkawal, apabila brek depan Z H2 SE kini dilengkapi kaliper Brembo Stylema dan Brembo master cylinder, digandingkan bersama-sama sepasang cakera berukuran 320 mm dengan empat piston. Sistem brek di bahagian belakang pula ialah cakera tunggal 260 mm dengan kaliper satu piston.

Beralih ke bahagian enjin, ianya kekal sama seperti mana model standard. Enjin 998cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four with Supercharger, DOHC, 16 valves) dengan teknologi Supercharger itu menghamburkan kuasa maksimum 200PS @ 11,000rpm dengan tork maksimum 137Nm @ 8,500rpm, dan dipadankan transmisi enam kelajuan.

Kawasaki Z H2 SE 2021 turut dilengkapi teknologi ABS (Anti-lock Brake System), KIBS (Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System), KQS (Kawasaki Quick Shifter), Assist & Slipper Clutch, Electronic Cruise Control, KLCM (Kawasaki Launch Control Mode), KCMF (Kawasaki Cornering Management Function), IMU (Inertial Measurement Unit), 3-Mode KTRC (Kawasaki TRaction Control), sistem lampu LED, panel meter digital TFT LCD berwarna sepenuhnya dan sistem sambungan telefon pintar melalui Bluetooth.

Spesifikasi seterusnya yang melengkapi Z H2 SE termasuklah kehadiran roda depan dan belakang dalam siri 120/70ZR17M/C (58W) dan 190/55ZR17M/C (75W), ketinggian tempat duduk 830 mm, tangki bahan api dengan kapasiti maksimum 19 liter, berat 240 kg (curb mass), dan pilihan warna tunggal Golden Blazed Green / Metallic Diablo Black.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?