Ducati SuperSport 950 2021 terima kemaskini lebih sporty

Menjelang tibanya musim depan, Ducati baru-baru ini memperkenalkan model baharu Ducati SuperSport 950 2021. Model tersebut merupakan kesinambungan kepada model sebelumnya Ducati SuperSport yang kini telah berubah namanya. Antara yang baharu juga ialah ianya kini didatangkan enjin yang lebih bersih dan bertaraf Euro 5.

Selain itu Ducati SuperSport 950 juga menerima fairing baharu yang direka oleh Ducati Style Center, menjadikan penampilannya kini lebih dinamik, sporty dan mempunyai pengaruh kuat yang kuat daripada model Panigale V4. Pandangan lampu depan LED baharu dengan lampu DRL juga kini tidak jauh berbeza dengan model Panigale V4.

Ducati SuperSport 950 dikuasakan enjin twin-cylinder 937cc Ducati Testastretta 11°, kini patuh piawaian emisi Euro 5 (in the countries where the regulation applies), manakala keluaran kuasa maksimumnya berada pada paras 110hp @ 9,000rpm dan tork puncak 93Nm @ 6,500rpm. Enjin tersebut seterusnya dipadankan kotak gear enam kelajuan.

SuperSport 950 dilengkapi sistem kawalan elektronik yang berasaskan maklumat daripada sistem Bosch 6-axis IMU, yang digandingkan dengan pakej elektronik seperti Bosch Cornering ABS, Ducati Traction Control (DTC) EVO, Ducati Quick Shift (DQS) up / down EVO, dan termasuklah ciri baharu Ducati Wheelie Control (DWC) EVO.

Menurut Ducati, talaan sistem elektronik dilakukan melalui paparan menu daripada panel instrumen bersaiz 4.3 inci full-TFT baharu dengan grafik dan antaramuka yang diilhamkan daripada keluara Panigale. Kemaskini baharu itu menjadikan SuperSport 950 lebih seronok dan mudah ditunggang, lebih selamat dan juga lebih selesa.

SuperSport 950 dibangunkan di atas rangka trellis Ducati, yang digabungkan dengan lengan ayun single-sided yang elegan. Bahagian depannya dilengkapi fork Marzocchi dan di belakangnya ialah penyerap hentak Sachs. Sistem brek Brembo di bahagian depan terdiri daripada cakera berkembar 320 mm dan di belakang cakera 245 mm.

Beralih ke bahagian roda, SuperSport 950 didatangkan rim aloi three-spoke dengan rekaan “Y” yang sporty, yang kemudiannya dipasangkan tayar Pirelli Diablo Rosso® III di bahagian depan dan belakang, masing-masing dalam siri 120/70 ZR 17 dan 180/55 ZR 17. Ketinggian tempat duduknya ialah 810 mm dan berat 210 kg (kerb weight).

Rangkaian model SuperSport 950 juga termasuk dengan versi SuperSport 950 S, yang mana ianya dilengkapi sistem suspensi Öhlins dengan ciri boleh dilaraskan sepenuhnya dan penutup tempat duduk penumpang belakang. Kedua-dua model berkenaan boleh disesuaikan dengan pilihan aksesori Ducati Performance mengikut citarasa tersendiri.

Galeri : Ducati SuperSport 950 2021

Galeri : Ducati SuperSport 950 S 2021


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?