Yamaha MT-09 2021 diperkenalkan di pasaran USA, harga bersamaan RM 38,465.41

Yamaha MT-09 2021 serba baharu yang sebelum ini diperkenalkan di pasaran Eropah dan Jepun, kini turut diperkenalkan di pasaran USA. Harga yang ditawarkan di pasaran negara berkenaan adalah sebanyak $9,399, bersamaan RM 38,465.41 mengikut kadar semasa. Ianya akan berada di pasaran USA secara rasmi mulai bulan Januari 2021.

Sama seperti di pasaran Eropah dan Jepun, Yamaha MT-09 2021 boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Storm Fluo, Team Yamaha Blue dan Matte Raven Black. Antara yang baharu untuk Yamaha MT-09 2021 ini termasuklah enjin berkapasiti 890cc dengan kuasa maksimum 119PS @ 10,000rpm dan tork maksimum 93Nm @ 7,000rpm.

Penampilan serba baharunya juga melibatkan rekaan lampu depan LED baharu jenis projektor yang tampil berbeza berbanding model terdahulu, di samping kehadiran casis, lengan ayun dan rim roda baharu buatan aluminium yang ringan. Sistem suspensinya pula menggunakan suspensi depan dan belakang daripada KYB yang boleh dilaraskan.

Yamaha MT-09 2021 juga dilengkapi 6-Axis IMU, Traction Control System (TCS), LIFt Control System (LIF), Slide Control System (SCS), sistem Brake Control (BC) dengan ABS, sistem Ride-by-Wire YCC-T Throttle System dengan Accelerator Position Sensor Grip (ASPG) dan panel instrumen TFT berwarna sepenuhnya berukuran 3.5 inci.

(Visited 68 times, 1 visits today)