Honda Grom 2021 dilancarkan di pasaran Thailand

A.P Honda Thailand pada tarikh 21hb. Oktober 2020 baru-baru ini secara rasminya melancarkan Honda Grom 2021 terbaharu. Model kompak itu juga telah diperkenalkan di pasaran Eropah, dan ianya dikenali dengan nama Honda MSX125 Grom 2021.

Berbanding generasi sebelumnya, Honda Grom 2021 kini hadir dengan reka bentuk baharu yang lebih menarik dan sporty, serta mudah untuk diubahsuai mengikut citarasa pemiliknya. Tiga pilihan aksesori modifikasi yang ditawarkan oleh oleh A.P Honda ialah Red Motard Monster, Blue Adventure Master dan Black Scrambler Rumbler.

Honda Grom 2021 dikuasakan enjin empat lejang bersesaran 123.9cc dengan teknologi PGM-FI dan sistem sejukan udara, dan kali ini ianya dilengkapi transmisi lima kelajuan berbanding empat kelajuan pada generasi sebelumnya. Dengan padanan klac tangan manual, model berkenaan menawarkan prestasi maksimum di dalam kelasnya.

Untuk tunggangan yang selesa dan pengendalian yang lincah dan mudah, Honda Grom 2021 dilengkapi fork depan jenis upside-down dan suspensi belakang jenis monoshock. Roda depan dan belakangnya pula berukuran 12 inci yang dipasangkan tayar tanpa tiub yang lebar, lengkap dengan sistem brek cakera di bahagian depan dan belakang.

Honda Grom 2021 turut dilengkapi lampu depan LED rekaan baharu, panel meter digital (show details with a gear shift warning light and gear position indicator), sistem ekzos ‘Slip-on Muffler’ (lightweight Slip-On Exhaust technology from Big Bike Naked style), dan sistem brek ABS dengan teknologi G-Sensor untuk model varian ABS.

Untuk pasaran Thailand, Honda Grom 2021 didatangkan dalam dua varian iaitu varian Standard dengan pilihan warna Red-Black, Blue-Black dan Black, dan varian ABS with G-Sensor yang didatangkan warna tunggal Gray-Black. Harga untuk varian Standard ialah THB 69,900 (RM 9,353.76) dan THB 77,400 (RM 10,357.38) untuk varian ABS.

(Visited 58 times, 10 visits today)