Yamaha Tracer 7 GT 2021 dilancarkan di pasaran Eropah, untuk pasaran Malaysia belum pasti

Pada penghujung tahun 2019 yang lalu, Yamaha Tracer 700 2020 tampil dengan wajah serba baharu yang lebih dinamik dan agresif. Dan kini menjelang tibanya musim 2021, model touring tersebut dikenali dengan nama baharu Yamaha Tracer 7, malah lebih menarik lagi buat pertama kalinya versi GT untuk model berkenaan turut dilancarkan.

Untuk pasaran Eropah, Yamaha Tracer 7 GT 2021 akan tiba secara rasmi mulai bulan Februari 2021, dalam pilihan warna Tech Kamo, Redline dan Icon Grey. Dibangunkan dengan falsafah sama seperti model Tracer 9 GT, spesifikasi standard untuk Tracer 7 GT antaranya termasuklah tempat duduk selesa, skrin lebih tinggi dan bagasi sisi.

Yamaha Tracer 7 GT dikuasakan enjin CP2 dua silinder bersesaran 689cc yang kini memenuhi piawaian emisi Euro 5, menawarkan prestasi yang mengujakan dan bersedia membawa pemiliknya keluar dari kesibukan kota untuk menjelajah destinasi baharu. Berikut ialah senarai ciri-ciri utama Yamaha Tracer 7 GT 2021 untuk pasaran Eropah :

  • Equipped with Premium Genuine Yamaha Accessories
  • 20L Touring Side Cases
  • Touring Screen
  • Comfort Seat
  • Half fairing with aggressive new twin headlight face
  • Thrilling torque-rich 689cc CP2 engine, Euro5 compliant
  • Lightest in class, best power to weight ratio
  • Adjustable front and rear suspension
  • Aerodynamic screen with single-handed adjustment
  • Commanding riding position with comfortable ergonomics
  • Contoured dual seat for rider and passenger comfort
  • 17-litre fuel tank gives long range autonomy
  • Negative LCD instruments
  • Compact LED flashers, integrated in handguards

Untuk pasaran Malaysia, model touring Yamaha Tracer 700 2020 tidak pernah dibawa masuk oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM). Oleh itu kemungkinan untuk melihat generasi baharu Yamaha Tracer 7 GT 2021 ini dilancarkan di pasaran tempatan adalah tipis. Atau mungkinkah model ini juga termasuk dalam perancangan HLYM?

(Visited 98 times, 1 visits today)