Kawasaki Ninja 250SL 2020 di pasaran Indonesia berharga hanya RM 9,909.42 OTR

Kawasaki Ninja 250SL merupakan sebuah model sport bike keluaran Kawasaki yang dijual pada harga berpatutan. Untuk pasaran Malaysia, model tersebut boleh dimiliki pada harga asas RM 17,499.00 sahaja. Bagaimanapun di pasaran Indonesia, harga asas yang ditawarkan untuk Ninja 250SL berada pada paras yang lebih rendah.

Menurut makluman di dalam laman sosial Kawasaki Motor Indonesia baru-baru ini, Kawasaki Ninja 250SL 2020 kini ditawarkan pada harga asas serendah Rp 29,900,000 sahaja, bersamaan RM 8,714.46 mengikut kadar semasa. Harga OTR untuk model tersebut pula dikatakan sebanyak Rp 34,000,000, bersamaan hanya RM 9,909.42.

Dengan harga serendah RM 9,909.42 OTR, pembelian untuk model sport bike dengan enjin 250cc satu silinder itu boleh dikatakan sangat berbaloi. Tidak dapat dipastikan kenapa Kawasaki Motor Indonesia menjual Ninja 250SL 2020 pada harga serendah itu, namun ianya merupakan peluang yang sememangnya tidak boleh dilepaskan.

Artikel berkaitan : Kawasaki Ninja 250SL di pasaran Malaysia – RM 17,499.00

(Visited 3,087 times, 1 visits today)