Ducati XDiavel 2021 kini diperkenalkan dalam dua versi baharu – XDiavel Dark dan XDiavel Black Star

Ducati baru-baru ini memperkenalkan dua versi baharu untuk model cruiser XDiavel 2021, dikenali dengan nama Ducati XDiavel Dark dan Ducati XDiavel Black Star. Kedua-dua model tersebut kini ditawarkan bersama-sama XDiavel S 2021.

Bagi model XDiavel Dark, ianya didatangkan dalam warna ‘Dark Stealth with Carbon Black frame and matt black wheels’, manakala XDiavel Black Star tampil dengan warna ‘Dedicated Black Star graphics with gloss black frame and wheels’.

Untuk kedua-dua versi XDiavel terbaharu itu dan juga keseluruhan versi XDiavel 2021, enjin twin-cylinder Ducati Testastretta DVT 1262 kini telah mematuhi piawaian Euro 5 di semua negara yang menguatkuasakan piawaian emisi tersebut.

Melalui kemaskini baharu di bahagian enjin dan sistem ekzos, keluaran kuasa yang dihasilkan oleh enjin bertaraf Euro 5 itu kini mencapai 160hp @ 9,500rpm dan tork maksimum 127Nm @ 5,000rpm, lebih tinggi berbanding enjin versi Euro 4.

Sama seperti semua model generasi baharu Ducati, XDiavel juga dilengkapi dengan sistem IMU (Inertial Measurement Unit) daripada Bosch. Sistem tersebut bersama-sama Bosch Cornering ABS, Ducati Traction Control (DTC), Riding Modes, Cruise Control dan Ducati Power Launch (DPL), meningkatkan lagi prestasi XDiavel.

Ducati XDiavel Dark 2021 dan Ducati XDiavel Black Star 2021 turut dilengkapi ciri-ciri seperti sistem suspensi boleh laras, Riding Modes (Sport, Touring, Urban), sistem lampu LED penuh dan panel instrumen digital TFT dengan pelbagai maklumat.

Galeri : Ducati XDiavel Dark 2021

Galeri : Ducati XDiavel Black Star 2021

Artikel Popular Minggu Ini :