Sementara kita semua menantikan ketibaan model terbaharu Aprilia RS 660 2021 di pasaran Malaysia, tempahan awal untuk model berkenaan kini telah pun dibuka di pasaran Filipina. Harga jualan rasmi yang ditawarkan di pasaran negara kepulauan itu adalah sebanyak P 860,000, bersamaan RM 73,575.51 mengikut kadar semasa.
Lebih menarik lagi, setiap tempahan awal untuk RS 660 yang berlangsung sehingga 31hb. Disember 2020 ini, harga pengenalan yang ditawarkan adalah lebih rendah iaitu sebanyak P 798,000 sahaja. Harga tersebut bersamaan nilai RM 68,271.23, tertakhluk kepada bayaran muka (down payment) sebanyak P 200,000 (RM 17,110.58).
Aprilia RS 660 2021 akan berada di pasaran Filipina mulai awal tahun depan. Ini bermakna besar kemungkinan ianya juga akan dilancarkan di pasaran Malaysia dalam masa terdekat, dengan tawaran harga yang pastinya hampir sama. Mungkin kedengaran agak tinggi, namun RS 660 dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih.
Artikel berkaitan : Aprilia RS 660 2021 dibuka tempahan, harga di pasaran UK bersamaan RM 54,815.21