MV Agusta memperkenalkan laman sesawang berwajah baharu dan Superveloce 75 Anniversario edisi terhad

Bagi meraikan sambutan ulangtahunnya buat kali yang ke-75, MV Agusta pada tarikh 13hb. November 2020 dengan rasminya memperkenalkan laman sesawangnya yang kini berwajah baharu, di samping model istimewa Superveloce 75 Anniversario.

Penampilan laman sesawang baharu itu didapati lebih segar dan inovatif, memberikan lebih kemudahan kepada peminat untuk mendapatkan sebarang maklumat berkaitan. Pengenalan model Superveloce 75 Anniversario pula memberi peluang kepada peminat untuk memiliki sebuah model istimewa, namun terhad kepada hanya 75 unit sahaja.

Menurut MV Agusta, tempahan untuk Superveloce 75 Anniversario akan dibuka secara atas talian bermula pada tarikh 15hb. November 2020, pada waktu tengah malam tepat (Central European Time). Menjadikan sesi tempahan itu lebih eksklusif ialah ianya akan berlangsung dalam tempoh 75 jam sahaja, dengan bayaran deposit berjumlah 100 €.

Superveloce 75 Anniversario berkongsi enjin yang sama daripada model F3 800, yang mana ianya merupakan enjin tiga silinder yang melengkapi model Superveloce 800. Enjin berprestasi itu menghasilkan kuasa maksimum 148hp @ 13,000rpm dengan tork puncak 88Nm @ 10,600rpm, dan mencapai kelajuan maksimum melebihi 240 km/j.

Penampilan istimewa Superveloce 75 Anniversario merangkumi skim warna mengikut warna bendera Itali, rim roda berjejari dengan gabungan warna hitam dan emas, tempat duduk buatan material Alcantara berwarna merah dan kit yang didedikasikan khas yang antaranya termasuk sistem ekzos Arrow dan unit kawalan dengan pemetaan khusus.

Superveloce 75 Anniversario ditawarkan pada harga bermula dari 25,000 €, bersamaan nilai RM 121,984.47 mengikut kadar semasa. Jika anda berminat, nantikan pembukaan tempahannya secara atas talian dalam tempoh kurang 24 jam dari sekarang.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?