KTM 890 Adventure 2021 diperkenalkan, dilengkapi enjin bersesaran 889cc dengan piawaian Euro 5

Selepas memperkenalkan model terbaharu KTM 890 Adventure R 2021 & KTM 890 Adventure R Rally 2021, KTM kini memperkenalkan pula versi standard untuk model berkenaan – KTM 890 Adventure 2021. Jentera pengembaraan itu didatangkan dalam dua pilihan skim warna iaitu Orange dan Grey bersama-sama rekaan grafik terkini.

KTM 890 Adventure 2021 dikuasakan enjin bertaraf Euro 5 bersesaran 889cc (2 cylinders, 4 stroke, DOHC Parallel twin) dengan transmisi enam kelajuan, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 105hp @ 8,000rpm dengan tork puncak 100Nm @ 6,500rpm. Tangki bahan apinya mampu mengisi sehingga 20 liter petrol untuk meredah perjalanan yang jauh, manakala berat keringnya dalam anggaran 196 kg sahaja.

Antara ciri-ciri teknikal yang melengkapi KTM 890 Adventure adalah seperti suspensi depan WP APEX 43 dengan travel 200 mm, suspensi belakang WP APEX Monoshock dengan ciri boleh laras, brek cakera depan berkembar 320 mm, brek belakang tunggal 260 mm, dan dua pilihan ketinggian tempat duduk sama ada 850 mm atau 830 mm.

Selain itu ianya turut dilengkapi tayar mengikut spesifikasi Adventure, panel meter digital TFT, Cornering ABS, Motorcycle Traction Control and Motor Slip Regulation, serta sub-kerangka yang ringan dan kukuh untuk pembonceng atau muatan barangan. KTM 890 Adventure 2021 akan berada di pasaran mulai bulan Disember 2020.

2021 KTM 890 Adventure – Model Highlights 

  • New engine with 90 cc added displacement
  • Improved performance with 105 hp & 100 Nm (Euro5)
  • Better rideability thanks to 20% increased rotating mass
  • Stronger clutch adapted to increased performance
  • Engine knock control system (use of low Octane fuel)
  • High-quality WP suspension components & new rear shock
  • Reworked front & rear brakes for added control
  • Improved ABS & MTC settings
  • Anodized wheel hubs instead of powder coated
  • Handlebar switch with Cruise Control button (software additional)
  • Weight optimization thanks to compact motor & fuel tank
  • Slim profile, refined ergonomics & new graphics
  • Travel-ready with two-part, adjustable seat & low fender
  • Smartphone connectivity giving access to music, calls
  • Optional KTM MY RIDE app for turn-by-turn navigation