Kawasaki Ninja ZX-25R 2021 akan tiba di pasaran Mexico, hanya 20 unit sahaja ditawarkan

Kawasaki Mexico baru-baru ini secara rasminya telah memaparkan model Kawasaki Ninja ZX-25R 2021 di dalam laman sesawang mereka. Untuk pasaran Mexico, model tersebut akan ditawarkan dalam pilihan warna tunggal KRT Edition (Lime Green / Ebony), dalam jumlah keseluruhan yang sangat terhad iaitu hanya 20 unit sahaja.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan, tempahan untuk Ninja ZX-25R di pasaran Mexico akan dibuka tidak lama lagi, khusus untuk 10 unit terawal. Menurut Kawasaki, pasaran Mexico merupakan satu-satunya pasaran di benua Amerika yang menawarkan model Ninja ZX-25R, menjadikannya pasaran yang eksklusif di rantau berkenaan.

Kawasaki Ninja ZX-25R sememangnya merupakan sebuah model sport bike yang menjadi idaman ramai peminat motosikal di seluruh dunia, kerana ianya dilengkapi enjin 250cc empat silinder yang berkuasa. Setakat ini model tersebut telah dilancarkan di pasaran Indonesia, Thailand, Jepun dan Filipina, manakala Vietnam akan menyusul.

Untuk pasaran Malaysia, Kawasaki Ninja ZX-25R dijangka tidak akan dibawa masuk, kerana harganya yang boleh menjangkau sehingga RM 45k. Bagaimanapun pihak Kawasaki Malaysia mungkin boleh membawa model tersebut masuk secara edisi terhad berdasarkan tempahan khas, seperti mana yang dilakukan oleh Kawasaki Mexico.


Artikel Popular Minggu Ini :

Dayang ADV150 diilhamkan daripada model Honda ADV150, dilengkapi enjin lebih berkuasa dan kamera depan belakang

Pelancaran rasmi Honda ADV150 2021 dijangka pada bulan Februari depan, harga asas sekitar RM 14k

Penampilan baharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 apabila dipasangkan lampu depan (headlamp) Yamaha Exciter 150