Yamaha akan melancarkan model baharu di pasaran Vietnam pada tarikh 02hb. November 2020

Yamaha Motor Vietnam telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah model terbaharu pada tarikh 02hb. November 2020 akan datang. Namun tiada maklumat lanjut diberikan, menjadikan ramai peminat tertanya-tanya adakah model yang bakal dilancarkan itu ialah Yamaha Exciter 155 VVA atau pun model lain?

Menurut sumber dari Vietnam, kemungkinan besar Yamaha akan melancarkan sebuah model skuter terbaharu di pasaran negara tersebut. Setakat ini sekeping gambar teaser untuk model berkenaan telah disiarkan di dalam halaman Facebook rasmi Yamaha Motor Vietnam, yang memperlihatkan reka bentuk lampu LED baharu yang sporty.

Untuk melihat kemungkinan model terbaharu apakah yang bakal dilancarkan itu, Arena Motosikal telah mengubahsuai gambar teaser tersebut dan menjadikannya gambar sepasang lampu hadapan, dan kemudiannya kecerahan gambar tersebut telah dipertingkatkan. Pada pendapat anda, model apakah yang bakal dilancarkan itu?

(Visited 7,575 times, 3 visits today)