GPX Legend 250 Twin (Version 2) dan GPX Demon GR200R bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada Disember 2020

GPX Malaysia baru-baru ini secara rasminya telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan dua buah model motosikal terbaharu untuk pasaran tempatan, yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember 2020 akan datang. Kedua-dua model tersebut ialah GPX Legend 250 Twin (Version 2) dan GPX Demon GR200R.

Untuk bakal pembeli yang berminat, anda boleh membuat pendaftaran awal di dalam laman sesawang GPX Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan kedua-dua model tersebut, dan juga boleh membuat pilihan warna untuk model yang diinginkan. Setakat ini harga untuk kedua-dua model berkenaan belum diumumkan.

GPX Legend 250 Twin (Version 2) sebelum ini telah dilancarkan di pasaran Thailand pada pertengahan bulan September 2020, manakala GPX Demon GR200R pula dilancarkan di pasaran negara tersebut pada bulan Jun 2020. Untuk maklumat lanjut, di bawah berikut ialah artikel terdahulu mengenai pelancaran kedua-dua model tersebut :

(Visited 6,782 times, 1 visits today)