Yamaha XS250S model tahun 1984 di pasaran Jepun

Ini merupakan model Yamaha XS250S keluaran tahun 1984 untuk pasaran Jepun. Oleh kerana ianya sebuah motosikal bertaraf klasik dan telah berusia lebih 30 tahun, adalah sukar untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai spesifikasinya menerusi hasil carian di dalam internet, terutamanya dari sumber asal pengeluarnya Yamaha.

Berdasarkan maklumat yang terhad, Yamaha XS250S ini dikuasakan enjin empat lejang dua silinder, DOHC 2-valve, bersesaran 249cc dan dilengkapi sistem penyejukan jenis udara. Reka bentuknya yang sporty mirip model Yamaha RX-Z. Melengkapkan lagi ciri-ciri istimewanya ialah sistem ekzos berkembar di bahagian kiri dan kanannya.

(Visited 3,186 times, 1 visits today)