Kawasaki Versys 1000 S 2021 dilancarkan di pasaran Eropah

Menjelang ketibaan musim depan, Kawasaki Motors Europe pada beberapa hari yang lepas telah melancarkan model terbaharu Kawasaki Versys 1000 S 2021 untuk pasaran Eropah. Model tersebut didatangkan dalam pilihan empat varian iaitu Standard, Tourer, Tourer Plus dan Grand Tourer, yang dibezakan melalui pemasangan pakej aksesori.

Dua pilihan warna yang ditawarkan ialah Pearl Storm Gray / Metallic Diablo Black / Metallic Flat Spark Black dan Emerald Blazed Green / Metallic Diablo Black / Metallic Flat Spark Black. Versys 1000 S dikuasakan enjin 1,043cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four, DOHC, 16 valves) yang bertaraf Euro 5 dengan transmisi enam kelajuan. 

Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 120PS @ 9,000rpm dengan tork puncak 102Nm @ 7,500rpm. Sistem Assist & Slipper Clutch dan Kawasaki Quick Shifter (KQS) seterusnya menjadikan pengalaman tunggangan lebih mudah. Turut melengkapi Versys 1000 S ini termasuklah unit IMU (Inertial Measurement Unit), KTRC (Kawasaki Traction Control), Power Modes, Electronic Throttle Valves dan Electronic Cruise Control.

Beralih ke bahagian suspensi, Kawasaki Versys 1000 S didatangkan dengan fork depan Showa berdiameter 43 mm jenis terbalik dengan ciri pelarasan manual, diikuti suspensi belakang (horizontal back-link suspension) juga daripada Showa (gas-charged) dengan ciri boleh dilaraskan (with rebound damping and remote spring preload adjustability).

Sistem brek ABS (Anti-lock Brake System) digandingkan bersama-sama sepasang cakera 300 mm dengan kaliper empat piston di bahagian roda depan, manakala cakera tunggal 250 mm di bahagian belakang hadir dengan kaliper tunggal. Teknologi KIBS (Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System) turut didatangkan sebagai ciri standard.

Ciri-ciri lain termasuklah skrin penghadang angin boleh laras, sistem sambungan telefon pintar, panel instrumen TFT berwarna sepenuhnya, sistem lampu LED penuh, lampu belok LED, soket pengecas DC dan pemegang dengan pemanas (Grip Heaters). Tidak dilupakan ialah mod tunggangan dengan pilihan sport, road, rain dan rider (manual).

Berikut ialah kelengkapan yang dipasangkan untuk ketiga-tiga model Tourer :

  • Tourer – 56l Panniers, Pannier inner bags, Tank Pad
  • Tourer Plus – 56l Panniers, Pannier inner bags, Tank Pad, Fog lights
  • Grand Tourer – 56l Panniers, Pannier inner bags, 47l Top Case, Top Case inner bag, Tank Pad, Fog lights, GPS Bracket, Frame Sliders

Galeri : Kawasaki Versys 1000 S

Galeri : Kawasaki Versys 1000 S Tourer

Galeri : Kawasaki Versys 1000 S Tourer Plus

Galeri : Kawasaki Versys 1000 S Grand Tourer