Ducati memperkenalkan enjin baharu V4 Granturismo, akan melengkapi model baharu Multistrada V4 2021

Ducati bakal melancarkan model kembara terbaharu Ducati Multistrada V4 2021 pada tarikh 04hb. November 2020 akan datang. Namun begitu seperti mana yang dijanjikan, Ducati terlebih dahulu mendedahkan perincian mengenai enjin baharu yang bakal melengkapi model tersebut, enjin yang dikenali dengan nama V4 Granturismo.

Menurut Ducati, enjin V4 Granturismo baharu mempunyai saiz yang sangat kompak, ringan, berprestasi tinggi dan kaya dengan tork. Hamburan kuasa maksimumnya mencapai angka 170hp @ 10,500rpm dengan tork maksimum 125Nm @ 8,750rpm, pada masa yang sama masih mampu memenuhi piawaian Euro 5 yang ketat.

Padat dengan teknologi terkini dan canggih, di samping menggunakan material kelas pertama dalam usaha untuk menjamin ketahanan dan tahap kebolehpercayaannya, enjin V4 Granturismo baharu dikatakan unggul dalam kelasnya yang tersendiri apabila mempunyai selang masa penyelenggaraan sehingga 60,000 km. Ini membolehkannya bersedia untuk menjelajah ke seluruh pelusuk dunia dengan pemiliknya.

Dengan berat hanya 66.7 kg, enjin V4 Granturismo 1.2 kg lebih ringan berbanding enjin Testastretta twin-cylinder yang digunakan pada model terdahulu Multistrada 1260. Berbanding dengan enjin generasi sebelumnya, V4 Granturismo juga tampil dengan dimensi 85 mm lebih pendek, 95 mm lebih rendah dan hanya 20 mm lebih lebar.

Berikut ialah data teknikal utama enjin Ducati V4 Granturismo baharu :

  • 1158 cc 4-cylinder 90° V engine
  • Bore x stroke 83 x 53,5 mm
  • Compression ratio 14:1
  • Maximum power 125 kW (170 hp) at 10,500 rpm
  • Maximum torque 125 Nm (12,7 Kgm) at 8,750 rpm
  • Euro 5 homologation
  • Distribution part chain, part gear – timing with dual overhead camshaft, 4 valves per cylinder
  • Counter-rotating crankshaft with crank pins offset at 70°
  • Wet multiplate anti-patter servo clutch
  • Semi-dry sump lubrication with three oil pumps: 1 delivery and 2 return
  • Fuelling with four oval throttle bodies (46 mm diameter equivalent)
  • 6-speed gearbox with Ducati Quick Shift (DQS) Up & Down System
  • 60,000 km maintenance valves check interval
  • Deactivating rear bank