Yamaha YBR125ED model tahun 2020 diperkenalkan, tampil sporty dengan spesifikasi sederhana

Model terbaharu Yamaha YBR125ED 2020 baru saja diperkenalkan, hadir dalam empat pilihan warna yang menarik iaitu merah, biru, hitam dan putih. Ianya dilengkapi enjin bersesaran 124cc (air-cooled, 4-stroke, SOHC, single cylinder) dan dipadankan kotak gear lima kelajuan, dengan kuasa 10.1PS @ 7,800rpm dan tork 9.5Nm @ 6,500rpm.

Enjin Yamaha YBR125ED bagi model ini masih dilengkapi sistem penyampaian bahan api jenis karburator, dengan kelengkapan sistem penghidup jenis tendang dan elektrik. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti penuh 12 liter, dengan berat hanya 119 kg (with oil and a full fuel tank) dan ketinggian tempat duduk pada paras 780 mm.

Sistem suspensi YBR125ED terdiri daripada gabungan fork depan jenis teleskopik bersama-sama suspensi belakang jenis berkembar. Sistem brek depan merupakan jenis cakera, sementara di bahagian belakangnya ialah sistem brek jenis dram. Tayar depan hadir dalam siri 2.75-18 42P dan tayar belakang dalam siri 90/90-18 57P.

Secara keseluruhannya, reka bentuk Yamaha YBR125ED 2020 ini kelihatan menarik dan sporty. Lampu depannya yang berbentuk bulat pula memberikan sedikit sentuhan bergaya retro. Antara kelebihannya ialah ciri tunggangan yang selesa, kos penggunaan yang rendah dan ciri-ciri penyelenggaraan yang mudah dan pastinya menjimatkan.