Kawasaki Ninja 650 2021 terima kemaskini warna baharu di pasaran Eropah

Kawasaki Motors Europe dengan rasminya memperkenalkan Kawasaki Ninja 650 2021, yang kini tampil dengan tiga pilihan warna baharu Lime Green / Ebony / Pearl Blizzard White, Metallic Spark Black / Pearl Blizzard White dan Metallic Spark Black.

Spesifikasi teknikal untuk model berkenaan masih kekal sama seperti model tahun 2020, dikuasakan enjin bersesaran 649cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves) dan dipadankan transmisi enam kelajuan. Keluaran kuasa maksimum enjin tersebut mencapai 68PS @ 8,000rpm dengan tork puncak 64Nm @ 6,700rpm.

Melengkapkan lagi spesifikasinya ialah panel instrumen digital FTF berwarna, sistem sambungan telefon pintar, lampu depan LED, Assist & Slipper Clutch, Horizontal Back-link Rear Suspension, teknologi Dual Throttle Valves, tayar baharu Dunlop Sportmax Roadsport 2 yang menawarkan pengendalian lebih ringan dan sistem brek ABS.

Ianya juga dilengkapi tangki minyak dengan kapasiti maksimum 15 liter, mempunyai ketinggian tempat duduk 790 mm dan berat 193 kg (curb mass). Di pasaran Eropah, Kawasaki Ninja 650 2021 turut ditawarkan dalam varian Performance dan Tourer.

Artikel berkaitan : Kawasaki Ninja 650 terima naik taraf untuk musim 2020


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?