Yamaha Exciter 155 VVA 2021 muncul dengan imej terbaharu

Sebelum ini dunia permotoran khususnya di rantau ASEAN, telah dikejutkan dengan paparan ‘spyshot’ beberapa keping gambar Yamaha Exciter 155 VVA 2021 terbaharu. Kali ini model tersebut muncul lagi dalam paparan ‘spyshot’ terkini, dalam dua pilihan warna iaitu Blue GP yang kelihatan cukup sporty, di samping warna Red White.

Yamaha Exciter 155 VVA 2021, atau untuk pasaran Malaysia mungkin akan dikenali dengan nama Yamaha Y15ZR V3, berkemungkinan besar hanya akan dilancarkan di pasaran Vietnam dalam suku pertama tahun depan. Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh membaca artikel berkenaan perkara tersebut dalam pautan seperti di bawah.

Yamaha Exciter 155 VVA 2021 sememangnya sangat dinanti-nantikan, kerana ianya kini dilengkapi enjin 155cc dengan teknologi VVA yang lebih berkuasa. Model tersebut juga akan hadir dengan ciri-ciri menarik seperti sistem Assist & Slipper Clutch, transmisi enam kelajuan, sistem kunci Keyless, panel meter digital baharu dan sistem brek ABS.

Ketika ini di pasaran Vietnam, model Honda Winner X bersaing hebat dengan model Yamaha Exciter 150, apabila harga untuk Winner X telah diturunkan ke paras terendah yang sangat kompetetif. Dengan perkembangan terkini itu, tidak mustahil kalau Yamaha di pasaran Vietnam akan mempercepatkan pelancaran Yamaha Exciter 155 VVA 2021.

Artikel berkaitan : Info terkini Yamaha Exciter 155 VVA, pelancaran selepas Tahun Baru Cina 2021, varian ABS diperkenalkan

Sumber : Oxii.vn