Voge 300AC 2020 tampil dengan gaya retro yang menawan

Voge 300AC model tahun 2020 ini merupakan sebuah model motosikal kompak yang tampil dengan gaya retro yang menawan. Ianya ditawarkan bukan sahaja di pasaran negara asalnya China, malah di beberapa buah negara di pasaran Eropah.

Untuk pasaran ASEAN, Voge 300AC ditawarkan di pasaran Thailand dan dikenali dengan nama GPX Mad 300MAX, dengan penampilan yang lebih sporty dan agresif. Model tersebut juga kelihatan lebih kemas dan padat dengan perincian yang berkualiti.

Melihat aspek teknikalnya, Voge 300AC dikuasakan enjin bersesaran 292cc (liquid-cooled, single cylinder, four-stroke engine with 4 valves and electronic injection) dengan keluaran kuasa maksimum 25PS @ 8,500rpm dan tork puncak 23Nm @ 6,500rpm.

Enjin yang mematuhi piawaian emisi EURO 4 itu kemudiannya dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan yang lancar. Voge 300AC dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti penuh 15 liter, mempunyai ketinggian tempat duduk 805 mm dan berat 170 kg.

Beralih ke bahagian suspensi, Voge 300AC dilengkapi fork depan upside-down dengan gandingan suspensi belakang monoshock boleh laras. Brek cakera depan berkembar 300 mm dan brek cakera belakang tunggal 220 mm lengkap dengan Bosch ABS.

Voge 300AC turut didatangkan beberapa ciri yang menarik seperti panel meter digital sepenuhnya, sistem lampu LED, sistem ekzos tahan karat dalam gaya retro, dan roda depan dan belakang berdiameter 17 inci dengan tayar 110/70-17 dan 150/60-17.

(Visited 135 times, 1 visits today)