Honda ADV150 disahkan masuk ke pasaran Malaysia pada awal tahun 2021

Antara berita menggembirakan daripada pihak Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) baru-baru ini ialah mengenai pelancaran model Honda CBR250RR SP 2021, yang dijadualkan bakal berlangsung dalam bulan November 2020 akan datang.

Kini sebuah lagi model yang ditunggu-tunggu iaitu skuter Honda ADV150 terbaharu  juga dikhabarkan bakal masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ianya akan dilancarkan dalam suku pertama tahun depan.

Honda ADV150 sebelum ini telah dilancarkan di beberapa buah pasaran negara-negara ASEAN, antaranya seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Model tersebut juga telah dilancarkan di pasaran Jepun, Australia dan juga Amerika Syarikat (USA).

Honda ADV150 dikuasakan enjin eSP (Enhanced Smart Power) berkapasiti 149cc (four-stroke, single cylinder, 2-valve, SOHC, liquid cooled) dengan transmisi automatik, menawarkan kuasa maksimum 14.7hp @ 8,500rpm dengan tork 14Nm @ 6,500rpm.

Ianya turut dilengkapi panel meter digital, windscreen yang boleh dilaraskan, lampu depan LED dengan lampu posisi, lampu belakang LED, sistem Honda Smart Key, ruang simpanan seluas 27 liter di bawah tempat duduk, dan ruang kompatmen berkeluasan 2 liter di bahagian depan dengan kemudahan port pengecasan 12-volt.

Ciri-ciri lain termasuklah tangki bahan api seluas 8 liter, fork depan teleskopik, suspensi belakang berkembar dengan subtank daripada Showa, sistem brek cakera di bahagian roda depan dan belakang, dan sistem brek ABS satu saluran (single channel).

Honda ADV150 untuk pasaran Malaysia dijangka akan ditawarkan dalam lingkungan RM 12,000.00 sehingga RM 14,000.00, sedikit tinggi berbanding harga yang ditawarkan di pasaran Indonesia, iaitu bersamaan RM 10,109.88 untuk Honda ADV150 ABS.

Artikel menarik : Honda Winner X dijual di pasaran negara Burkina Faso, Afrika

(Visited 10,217 times, 203 visits today)