Tempahan Bimota Tesi H2 kini dibuka, harga 64,000 Euro

Bimota secara rasminya mengumumkan tempahan untuk model yang ditunggu-tunggu, Bimota Tesi H2, kini dibuka melalui laman sesawang rasmi mereka. Versi pengeluaran model tersebut akan dilancarkan di pasaran Eropah pada tarikh 01hb. Oktober 2020, dengan tawaran harga 64,000 Euro. Harga tersebut bersamaan RM 314,876.43.

Bimota Tesi H2 sebelum ini diperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2019, di mana model tersebut dihasilkan dengan kerjasama Kawasaki. Ianya dikuasakan enjin bersesaran 998cc (4 stroke, 4-cyl, DOHC, W/C, supercharged / DOHC 4 valve) dengan transmisi enam kelajuan, dan kuasa maksimumnya ialah 231PS @ 11,500rpm (242PS dengan Ram Air) dan tork maksimum 141Nm @ 11,000rpm.

Bimota Tesi H2 mempunyai ketinggian tempat duduk 840 mm (+/- 10 mm), tangki bahan api 17 liter, suspensi depan dan belakang ‘Billet aluminum alloy swingarm’, brek cakera depan berkembar 330 mm, brek belakang tunggal 220 mm, tayar depan 120 / 70Z R17, tayar belakang 200 / 55Z R17, dan berat motosikal 207 kg (dry weight).

Ciri unik Bimota Tesi H2 ini seperti mana yang dapat dilihat ialah sistem hub-center steering yang sememangnya sukar dilihat pada model-model motosikal keluaran semasa. Menurut Bimota, model edisi terhad tersebut hanya akan dikeluarkan dalam jumlah 250 unit sahaja, setiap satu daripadanya memiliki nombor siri yang tersendiri.


Artikel Popular Minggu Ini :

Kelajuan GPS Yamaha Exciter 155 VVA GP Edition 2021 di jalan raya Malaysia cecah 135 km/j

Adakah Yamaha RX-Z akan kembali ke pasaran Malaysia?

Yamaha Exciter 155 VVA 2021 versi naik taraf istimewa, kos keseluruhan melebihi RM 43k