Tempahan Honda CBR250RR SP 2021 di pasaran Malaysia kini dibuka, harga di bawah RM 30k

Nampaknya impian peminat motosikal di pasaran Malaysia untuk melihat kehadiran model Honda CBR250RR kian hampir, apabila Honda BigWing Petaling Jaya telah memberikan beberapa maklumat awal di dalam halaman Facebook rasmi mereka.

Antaranya ialah model tersebut akan dikenali dengan nama Honda CBR250RR SP 2021, bakal ditawarkan dengan tanda harga di bawah RM 30k, dilengkapi sistem Quick Shifter dan kuasa enjinnya yang bertambah berbanding model tahun sebelumnya.

Ini bermakna untuk pasaran Malaysia, kita akan menerima model Honda CBR250RR 2021 paling terkini seperti mana yang diterima oleh pasaran Jepun baru-baru ini. Namun begitu ini hanyalah maklumat awal sementara menantikan pelancarannya.

Menurut Honda BigWing Petaling Jaya lagi, pelancaran model dengan enjin 250cc dua silinder itu dijangka akan berlangsung pada bulan November akan datang. Jadi inilah masanya anda ke mana-mana cawangan Honda BigWing untuk membuat tempahan.

Sumber : Honda BigWing Petaling Jaya

(Visited 14,251 times, 1 visits today)