HLYM siarkan teaser model terbaharu dalam siri MT

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) hari ini melalui laman Facebook rasmi mereka, secara rasminya menyiarkan teaser mengenai model terbaharu dalam siri MT yang bakal dilancarkan kelak. Berita baiknya ialah majlis pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung secara online di laman Facebook Yamaha Motor Malaysia.

Pelancaran model terbaharu dalam siri MT itu, sama ada model Yamaha MT-15 atau Yamaha MT-25, bakal berlangsung pada tarikh 12hb. September 2020 (Sabtu), bermula jam 7.30 petang. Jadi kepada semua peminat Yamaha MT-15 atau MT-25 yang selama ini setia menanti, sama-sama kita tunggu majlis pelancarannya tidak lama lagi.

Berdasarkan teaser seperti di atas, kelihatan jelas watak Samurai yang digabungkan dengan wajah depan Yamaha MT-15 atau MT-25, sama seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini dalam artikel terdahulu. Cuma yang masih menjadi persoalan ketika ini ialah adakah HLYM akan melancarkan dua model sekaligus iaitu MT-15 dan MT-25?

(Visited 1,116 times, 1 visits today)