Web Analytics
Yamaha YZF-R3 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2021 kini di pasaran USA – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Yamaha YZF-R3 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2021 kini di pasaran USA

Jika di pasaran Malaysia kita semua ditawarkan model Yamaha Y15ZR V2 GP Edition 2020, di pasaran USA pula Yamaha telah melancarkan model Yamaha YZF-R3 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2021, dalam pakej warna dan grafik yang sama. Harga jualannya $5,599 MSRP, bersamaan RM 23,233.05 mengikut kadar semasa.

Seperti mana kita semua telah sedia maklum, Yamaha YZF-R3 2021 versi MotoGP Edition itu diinspirasikan daripada jentera perlumbaan YZR-M1 yang ditunggang oleh dua pelumba handalan iaitu Valentino Rossi dan Maverick Viñales. Model tersebut turut dilengkapi sistem brek ABS (Anti-lock Braking System) sebagai ciri standard.

Spesifikasi teknikal lain tidak mengalami sebarang perubahan dan ianya masih sama dengan model standard Yamaha YZF-R3 2021, yang kini hadir dengan pilihan warna terbaharu Electric Teal yang begitu menyerlah sekali. Mungkin selepas ini giliran model Yamaha YZF-R25 di pasaran negara kita pula untuk menerima livery MotoGP Edition.

 
Arena Motosikal © 2023