SYM VF3i 185 bakal dilancarkan di pasaran Filipina

Laman Facebook SYM Philippines baru saja memaparkan video ‘teaser’ sebuah model terbaharu yang bakal dilancarkan di pasaran Filipina. Melalui video tersebut, kelihatan jelas model yang akan dilancarkan itu ialah SYM VF3i 185, yang sebelum ini terlebih dahulu dilancarkan di pasaran Malaysia, Singapura dan juga di pasaran Greece.

Pelancaran model moped dengan enjin 183cc itu sudah tentu menggembirakan peminat SYM di pasaran Filipina, kerana sememangnya sudah lama mereka menantikan kehadiran model tersebut. Apabila dilancarkan nanti, SYM VF3i 185 pastinya akan bersaing hebat dengan model Yamaha Sniper 150 dan Honda Supra GTR150.

SYM VF3i TEASER

Are you ready for something BIG?

Posted by Mitsukoshi Motors Philippines Inc. on Jumaat, 4 September 2020

Untuk pasaran Malaysia, SYM VF3i 185 V2 ditawarkan bersama-sama versi terbaharu SYM VF3i 185 LE (Limited Edition) 2020, yang dilengkapi sistem brek ABS dengan gabungan warna hitam dan hijau fluorescent yang cukup sporty dan menawan. Untuk pasaran Filipina, belum pasti sama ada versi ABS akan turut ditawarkan.

Pilihan nama rasanya masih menggunakan nama SYM VF3i 185 seperti di pasaran Malaysia. Sementara itu di pasaran Vietnam, model SYM Star SR 170 dilengkapi enjin bersesaran 174.5cc dengan kelengkapan brek ABS. Entah kenapa model tersebut tidak terus dipasangkan enjin 183cc sama seperti yang dimiliki oleh model SYM VF3i 185.

(Visited 93 times, 1 visits today)