Kawasaki Z650 2021 untuk pasaran Australia hadir dengan kemaskini warna terbaharu

Kawasaki Motors Australia baru-baru ini telah memperkenalkan model naked Kawasaki Z650L dan Z650L SE model tahun 2021, yang kini hadir dengan kemaskini dua warna terbaharu yang lebih segar. Paling menarik perhatian ialah bagi model Kawasaki Z650L SE 2021, apabila tampil dengan rim roda berwarna hijau yang unik dan tersendiri.

Kedua-dua model tersebut, Z650L 2021 dan Z650L SE 2021, bagaimanapun dipercayai tidak menerima sebarang perubahan lain yang melibatkan aspek teknikal, sebaliknya sama seperti model tahun sebelumnya. Pilihan warna terbaharu ini dijangka akan turut diperkenalkan di pasaran lain tidak lama lagi, termasuk di rantau Asia dan Eropah.

Kawasaki Z650L 2021 dan Kawasaki Z650L SE 2021 di pasaran Australia ini masih dilengkapi enjin bersesaran 649cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves), yang kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan. Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 51PS @ 8,000rpm dengan tork 59Nm @ 6,500rpm.

Spesifikasi dan ciri-ciri menarik yang dibekalkan untuk model naked kelas pertengahan ini termasuklah kerangka trellis yang ringan, sistem Assist & Slipper Clutch, paparan instrumen digital TFT berwarna, sistem sambungan Bluetooth telefon pintar, lampu depan dan belakang LED, tuas brek dan klac boleh laras, dan sistem brek dengan ABS.

Kedua-dua model berkenaan dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti penuh 15 liter, manakala ukuran berat berada pada paras 187 kg (curb mass). Harga untuk Z650L 2021 ialah AUD 11,675.00, bersamaan RM 35,313.93, manakala Z650L SE 2021 berharga sebanyak AUD 11,881.00, bersamaan RM 35,937.02 (harga OTR, Sydney).


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?