Modenas Kriss SG pernah dilancarkan di pasaran Malaysia

Modenas Kriss SG merupakan salah satu varian daripada model Modenas Kriss, dilancarkan di pasaran tempatan pada bulan Mac 2002. Model tersebut dikeluarkan khusus sebagai model bajet yang dijual pada harga lebih rendah berbanding model Kriss 110. SG bermaksud Serba Guna yang disasarkan untuk kegunaan peniaga.

Spesifikasinya sama seperti model Modenas Kriss pada ketika itu, dilengkapi enjin empat lejang 110cc dengan kotak gear empat kelajuan. Rekabentuknya bagaimanapun berubah agak ketara terutamanya di bahagian belakang. Sekali pandang, Kriss SG ini dikeluarkan bukanlah untuk menarik minat penunggang dari golongan muda.

Oleh kerana ianya merupakan sebuah model Serba Guna yang dikhususkan untuk kegunaan dalam bidang perniagaan, Kriss SG tidak mendapat pasaran yang meluas. Pengeluarannya dihentikan tidak berapa lama kemudian kerana tidak mendapat sambutan. Ia gagal bersaing dengan model-model lain yang lebih sporty dan moden.

Ketika ini untuk melihat sesebuah model Kriss SG di jalan raya adalah sukar, dan ianya menjadi salah sebuah model ‘rare’ atau model yang amat jarang dijumpai. Untuk melakukan modifikasi ke atasnya juga dirasakan tidak lagi berbaloi, kecuali untuk individu yang mempunyai minat mendalam dan cuba menghasilkan suatu kelainan.

Artikel berkaitan : Pada Oktober 2004, Modenas Kristar dilancarkan di pasaran Malaysia

Sumber gambar : Modenas Bike


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?