CFMOTO 300SR ABS 2020 dilancarkan di pasaran Australia

Pada pertengahan bulan Julai yang lepas, CFMOTO secara rasminya melancarkan model terbaharu CFMOTO 300SR ABS 2020 untuk pasaran negara Australia. Model tersebut tersedia dalam dua pilihan warna Nebula Black dan Turquoise Blue, pada harga AUD 5,790, bersamaan RM 17,413.88 mengikut kadar tukaran semasa.

Sebelum ini CFMOTO 300SR telah dilancarkan di pasaran China dan Vietnam, bermakna pasarannya semakin meluas ketika ini. Untuk pasaran Malaysia, CFMOTO 250SR 2020 baru saja dilancarkan pada 25hb. Julai 2020, pada harga bermula RM 15,800.00. Model tersebut diedarkan oleh pengedah sah KTNS Holdings Sdn. Bhd.

CFMOTO 300SR ABS 2020 di pasaran Australia hanya ditawarkan dalam versi ABS sahaja, bermaknanya ianya mempunyai spesifikasi penuh serba lengkap berbanding varian standard tanpa ABS. Enjinnya bersesaran 292.4cc yang menghamburkan kuasa maksimum 28.7hp @ 8,750rpm, dengan tork puncak 25.3Nm @ 7,250rpm.

Enjin satu silinder DOHC dengan sistem penyejukan cecair dan transmisi enam kelajuan itu dilengkapi sistem suntikan bahan api BOSCH EFI, yang menawarkan prestasi pembakaran yang optimum dan kecekapan dalam penggunaan bahan api. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti maksimum sehingga 12 liter.

Dengan berat hanya 165 kg (curb weight), kerangka yang kuat, dilengkapi suspensi depan upside-down, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera hidraulik dengan Continental ABS, tayar CST radial berprestasi tinggi, dan posisi tunggangan yang ergonomik menjamin tahap pengendalian dan keselamatan tertingginya.

CFMOTO 300SR ABS 2020 turut dilengkapi sistem lampu LED sepenuhnya, paparan instrumen digital TFT berwarna dengan dua antara muka Sport dan Eco, rekaan lampu depan yang sporty dan agresif, dan rekabentuk keseluruhan yang menawan. Tempoh jaminan yang diberikan adalah selama 3 tahun, dengan jarak perbatuan tanpa had.

Artikel berkaitan :