MV Agusta Dragster 800 RC SCS 2020 di pasaran Eropah, harga 21,490 Euro

Sebelum ini anda telah membaca artikel mengenai model MV Agusta Dragster 800 RR SCS 2020 yang ditawarkan di pasaran Eropah, dan kali ini pula adalah berkenaan dengan sebuah lagi model di dalam siri Dragster 800. Model tersebut ialah MV Agusta Dragster 800 RC SCS 2020, yang turut ditawarkan di pasaran Eropah ketika ini.

Kedua-dua model kelihatan sama, dan hadir dengan teknologi terbaharu Smart Clutch System (SCS). Perbezaan di antara kedua-duanya seperti mana dapat diperhatikan ialah penggunaan rim roda, di mana Dragster 800 RR dilengkapi rim roda berjejari, sementara Dragster 800 RC didatangkan dengan rim roda aloi yang lebih sporty.

Selain itu, Dragster 800 RC turut tampil eksklusif dengan kit perlumbaan yang tersedia sebagai pilihan (optional racing kit), yang boleh meningkatkan kuasa enjin sehingga 150hp @ 12,800rpm daripada jumlah asal 140hp @ 12,300rpm, melalui penggunaan sistem ekzos SC-Project Titanium dan pemetaan enjin yang dikemaskini semula.

MV Agusta Dragster 800 RC SCS 2020 memiliki enjin tiga silinder berkapasiti 798cc yang dipadankan transmisi enam kelajuan, dengan jumlah keluaran tork maksimum mencapai 87Nm @ 10,100rpm. Mempunyai tangki bahan api dengan isian penuh 16.5 liter dan berat kering 160 kg, kelajuan maksimumnya (top speed) mencapai 245 km/j.

Untuk keselamatan, Dragster 800 RC dibekalkan sistem brek Brembo dengan cakera berkembar 320 mm di bahagian roda depan, bersama-sama gandingan cakera tunggal 220 mm di bahagian belakang. Sistem brek tersebut dibantu oleh sistem ABS daripada Bosch untuk memastikan tahap kecekapan maksimum sewaktu operasi membrek.

Untuk pasaran Eropah, MV Agusta Dragster 800 RC SCS 2020 hadir dalam skim warna tunggal Metallic Avio Grey/Metallic Carbon Black/Ago Red yang kelihatan cukup sporty dan agresif. Harga yang ditetapkan pula bermula daripada 21,490 Euro, bersamaan dengan nilai RM 105,936.54 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?