Hari ini Honda secara rasminya memperkenalkan model terbaharu Honda CBR600RR 2021, yang mana pelancaran rasminya dijadualkan akan berlangsung pada tarikh 21hb. Ogos 2020 (Jumaat) akan datang.
Oleh kerana ini hanyalah pengenalan awal untuk model ini, Honda hanya memaparkan dua keping gambar studio sahaja bersama-sama siaran akhbar ringkas. Namun ianya sudah cukup untuk menjawab desas-desus sebelum ini.
Menurut Honda, CBR600RR 2021 didatangkan dengan prestasi keseluruhan yang dipertingkatkan, dan dikuasakan enjin bersesaran 599cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, in-line 4-cylinder) yang berkuasa.
Model tersebut menggunakan teknologi kawalan elektronik terkini bersama-sama teknologi aerodinamik yang canggih. Untuk maklumat lebih lengkap, kita tunggu pelancaran rasminya pada bulan Ogos depan.