Kawasaki Z400 SE ABS 2019 di pasaran Malaysia, harga asas RM 28,755.00

Dalam bulan April 2019 yang lalu, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. secara rasminya melancarkan Kawasaki Z400 SE ABS 2019 untuk pasaran tempatan. Model naked berkenaan didatangkan dengan tanda harga asas RM 28,755.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan), bersama-sama pilihan warna tunggal Grey.

Kawasaki Z400 SE ABS dilengkapi enjin bersesaran 399cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 Valves) dengan keluaran kuasa maksimum 45PS @ 10,000rpm dan tork puncak 38Nm @ 8,000rpm. Enjin berprestasi itu kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan yang dibantu oleh teknologi Assist & Slipper Clutch.

Untuk tunggangan yang selesa dan pengendalian yang sentiasa terkawal, Kawasaki Z400 SE ABS dilengkapi fork depan teleskopik dengan diameter 41 mm, sementara di bahagian belakangnya ialah suspensi monoshock dengan ciri prabeban yang boleh dilaraskan (Bottom-Link Uni-Trak with gas-charged shock with adjustable preload).

Ciri keselamatan disempurnakan oleh sistem brek dengan ABS (Anti-lock Brake System), yang terdiri daripada gabungan brek cakera depan tunggal 310 mm dengan kaliper dwi-piston dan brek cakera belakang 220 mm juga dengan kaliper dwi-piston.

Kawasaki Z400 SE ABS 2019 seterusnya dilengkapi paparan meter digital LCD, sistem lampu LED di bahagian depan dan belakang, ketinggian tempat duduk 785 mm, tangki bahan api dengan isian maksimum 14 liter, tayar depan dalam siri 110/70R17 M/C 54H, tayar belakang dalam siri 150/60R17 M/C 66H, dan berat 168 kg (curb mass).

(Visited 320 times, 1 visits today)