Honda CB650R 2019 di pasaran Malaysia, RM 43,499.00

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) selaku pengedar sah motosikal berjenama Honda di pasaran Malaysia, pada tarikh 11hb. April 2019 yang lepas secara rasminya telah melancarkan model naked terbaharu Honda CB650R. Bersama-sama pelancaran model berkenaan ialah model supersport kelas pertengahan Honda CBR650R. Majlis pelancaran diadakan bertempat di acara Malaysia Autoshow 2019 di MAEPS, Serdang.

Honda CB650R merupakan sebuah model ‘Neo Sports Café’ yang tampil dengan gaya unik, moden dan minimalis, dan dilengkapi enjin empat silinder sebaris berkapasiti 649cc (liquid-cooled, 4-stroke, 16-valve, DOHC, inline-4 cylinder). Enjin yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan itu menghamburkan kuasa maksimum 93.8hp (70kW) @ 12,000rpm dengan tork puncak 64Nm @ 8,500rpm.

Honda CB650R juga didatangkan dengan spesifikasi canggih seperti sistem lampu LED sepenuhnya, paparan instrumen digital pelbagai informasi, SHOWA Separate Fork Function (SFF) 41mm yang boleh dilaraskan, sistem brek ABS dengan kaliper brek depan empat piston radial-mount, Honda Selectable Torque Control (HSTC), Assist & Slipper Clutch dan teknologi keselamatan Emergency Stop Signal (ESS).

Kapasiti penuh tangki bahan apinya ialah 15.4 liter, manakala berat motosikal mencapai 202 kg (curb weight). Honda CB650R 2019 ditawarkan pada harga asas RM 43,499.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan), dengan tempoh jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perbatuan, mana-mana yang tiba dahulu. Dua pilihan warna disediakan iaitu Graphite Black dan Candy Chromosphere Red.

(Visited 231 times, 1 visits today)