Benelli TNT150i model tahun 2019

Benelli TNT150i model tahun 2019 ini merupakan motosikal dalam segmen naked, hadir dengan rekaan yang sporty dan spesifikasi yang mantap. Setakat ini untuk tahun 2020, ianya masih belum menerima sebarang perubahan atau kemaskini baharu. Model ini ditawarkan di pasaran luar negara dan belum dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Benelli TNT150i dilengkapi enjin bersesaran 149.5cc (oil-cooled, vertical single cylinder, 4-valve) dengan sistem EFI dan dual spark plug, seterusnya dipadankan transmisi lima kelajuan. Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 12.7hp (9.5kW) @ 9,000rpm dan tork maksimum 12Nm @ 7,000rpm. Kapasiti tangki bahan apinya ialah 13.5 liter.

Sistem suspensi Benelli TNT150i didatangkan fork depan jenis upside-down dengan gandingan suspensi belakang monoshock (adjustable spring preload), manakala sistem breknya merupakan brek cakera di bahagian roda depan dan belakang. Sistem brek tersebut menggunakan teknologi CBS (Combined Braking System) yang efektif.

Kelengkapan lain untuk model berkenaan termasuklah paparan meter digital LCD yang jelas dan berinformasi, rim aloi aluminium, tayar depan dan belakang masing-masing dalam siri 100/80-17 dan 130/70-17, dan berat kering 144 kg. Benelli TNT150i 2019 boleh didapati dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu merah, putih dan hitam.

(Visited 102 times, 1 visits today)