Web Analytics
Yamaha YZF-R125 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2019 – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Yamaha YZF-R125 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2019

Jika di pasaran Malaysia kita ditawarkan dengan model Yamaha YZF-R15, pasaran Eropah pula menerima model Yamaha YZF-R125. Kedua-duanya mempunyai reka bentuk yang hampir sama, namun masih terdapat perbezaan dari segi dimensi.

Yamaha YZF-R15 2019 mempunyai dimensi panjang x lebar x tinggi bersamaan 1,990mm x 725mm x 1135mm, manakala Yamaha YZF-R125 2019 mempunyai dimensi panjang x lebar x tinggi bersamaan 1,990mm x 755mm x 1,140mm. Ketinggian tempat duduk pula ialah 830mm untuk YZF-R15 dan 820mm untuk YZF-R125.

Selanjutnya berat motosikal berada pada paras 137 kg (wet weight) untuk YZF-R15 dan 142 kg (wet weight) untuk YZF-R125. Kapasiti enjin pula sudah tentu berbeza apabila YZF-R15 dilengkapi enjin bersesaran 155c dan YZF-R125 dilengkapi enjin 125cc.

Yamaha YZF-R15 2019 di pasaran Malaysia dan Yamaha YZF-R125 2019 di pasaran Eropah kedua-duanya juga ditawarkan dalam versi Monster Energy Yamaha MotoGP Edition, seperti mana paparan dalam galeri di bawah untuk model YZF-R125.

Ciri-ciri utama Yamaha YZF-R125 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2019, sumber dari Yamaha Motor Europe :

  • R-Series body with Monster Energy Yamaha MotoGP livery
  • 125cc engine with Variable Valve Actuation
  • High combustion efficiency for smooth power
  • Deltabox frame providing excellent rigidity
  • Aluminium swing arm for sporty handling performance
  • Light and precise Assist & Slipper clutch
  • Special design fuel tank with 11-litre capacity
  • YZR-M1 MotoGP-inspired supersport cockpit
  • Sophisticated high-visibility LCD instruments
  • Strong ergonomics for balanced riding position
  • Wide 140/70-17 rear tyre for sharp road holding and style
  • Powerful braking system with large diameter 292mm front disc and 230mm rear disc

Beberapa tahun yang lalu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Arena Motosikal, seringkali didapati peminat motosikal di pasaran tempatan sangat mengharapkan agar HLYM membawa masuk model Yamaha YZF-R15 ke pasaran Malaysia.

Akhirnya pada tahun 2018, HLYM telah melakukan kejutan dengan melancarkan Yamaha YZF-R15 yang dinanti-nantikan. Namun sekali lagi berdasarkan pemerhatian dan tinjauan, didapati jualan model sport bike tersebut tidaklah serancak mana.

Mungkin faktor inilah kenapa kadangkala pihak pengeluar motosikal tempatan mengambil masa yang panjang untuk melancarkan sesebuah model baharu. Laris di pasaran luar, belum tentu akan mencatatkan jualan yang baik di pasaran Malaysia.

Apa pula pendapat anda mengenai kenyataan tersebut? Apa pun untuk maklumat lebih lanjut mengenai model Yamaha YZF-R15 dan Yamaha YZF-R125, anda boleh membaca artikel-artikel terdahulu dalam pautan berikut, teruskan bacaan anda.

 
Arena Motosikal © 2023