Web Analytics
BMW S 1000 XR 2020 kini di pasaran Malaysia – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

BMW S 1000 XR 2020 kini di pasaran Malaysia

BMW Motorrad baru-baru ini secara rasminya memperkenalkan model kembara berkuasa tinggi BMW S 1000 XR 2020 untuk pasaran Malaysia, pada harga sebanyak RM 121,500.00 (tidak termasuk kos insuran). Model tersebut didatangkan dalam dua pilihan warna menarik iaitu Racing Red / White Aluminium dan Ice Grey.

BMW S 1000 XR dikuasakan enjin bersesaran 999cc (water/oil-cooled, 4-cylinder, 4-stroke in-line engine, four valves per cylinder, two overhead camshafts) yang menghamburkan kuasa maksimum 165PS @ 11,000rpm dengan tork maksimum 114Nm @ 9,250rpm. Enjin tersebut seterusnya dipadankan transmisi enam kelajuan. Untuk perjalanan jarak jauh, ianya dibekalkan tangki bahan api sehingga 20 liter.

Sistem suspensi BMW S 1000 XR terdiri daripada fork depan upside-down berdiameter 45 mm, manakala di bahagian belakangnya merupakan gabungan di antara lengan ayun aluminium dengan suspensi monoshock. Kedua-duanya boleh diselaraskan melalui sistem elektronik Dynamic ESA (Electronic Suspension Adjustment).

Sistem brek depan didatangkan dua cakera berkembar dengan diameter 320 mm (floating discs, radial four-piston fixed calipers), bersama-sama brek cakera belakang tunggal dengan diameter 265 mm (twin-piston floating caliper). Melengkapkan prestasi pemberhentian jentera tersebut ialah sistem BMW Motorrad Race ABS.

Antara ciri-ciri standard yang dibekalkan untuk BMW S 1000 XR termasuklah sistem lampu LED sepenuhnya, instrumen TFT 6.5 inci dengan BMW Motorrad Connectivity, Riding Modes Pro (incl. HSC Pro, MSR, ABS Pro & DTC), pemegang rak kargo / bagasi bersepadu, kompatmen kad tol dan ruang barangan di bawah tempat duduk.

Sebagai tambahan, juga tersedia ciri-ciri standard pilihan seperti tongkat tengah, pelindung tangan, cruise control, heated grips, daytime riding light, Dynamic ESA Pro, Gear Shift Assist Pro, Headlight Pro (iconic DRL/ position lights & Adaptive Cornering Lights) dan Keyless Ride. Ketinggian tempat duduk BMW S 1000 XR ialah 840 mm, dan berat keseluruhannya (unladen weight, road ready, fully fuelled) mencapai 226 kg.

Untuk ketenangan fikiran yang berpanjangan, BMW S 1000 XR model tahun 2020 ini juga didatangkan jaminan selama tempoh 3 tahun. Untuk maklumat selanjutnya lebih lengkap, anda boleh kunjungi bilik pameran BMW Motorrad Malaysia yang berdekatan.

 
Arena Motosikal © 2023