Web Analytics
Honda CBR500R 2019 di pasaran Malaysia, harga asas RM 34,499.00 – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Honda CBR500R 2019 di pasaran Malaysia, harga asas RM 34,499.00

Salah sebuah model menarik yang ditawarkan di pasaran Malaysia ketika ini ialah Honda CBR500R 2019, yang diperkenalkan pada bulan Jun 2019 yang lepas. Model ini dilengkapi enjin bersesaran 471cc (8-valve, liquid-cooled, parallel twin-cylinder) yang menawarkan kuasa maksimum 49.6hp @ 8,500rpm, dengan tork 45Nm @ 6,500rpm.

Antara naik taraf terbaharu yang diterima termasuklah kehadiran sistem brek ABS (Anti-lock Braking System), kemaskini suspensi belakang, Assist & Slipper Clutch, sistem lampu LED sepenuhnya, paparan instrumen digital LCD yang kini lebih moden dengan penunjuk posisi dan penukaran gear, dan sistem lampu Emergency Stop Signal.

Honda CBR500R 2019 mempunyai keluasan tangki bahan api 17.1 liter, berat 192 kg (curb weight) dan didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Grand Prix Red, Pearl Metalloid White dan Mat Axis Gray Metallic. Harga asas yang ditawarkan pula adalah sebanyak RM 34,499.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan).

Ketika ini, Honda CBR500R kembali hangat diperkatakan selepas pelancaran model Kawasaki Ninja ZX-25R 2021. Ramai yang membuat perbandingan di antara kedua-duanya. Namun setiap model ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, contohnya bakal pemilik Honda CBR500R perlu memiliki lesen B1 atau B (B Full).

 
Arena Motosikal © 2023