Honda CBR650R 2019 di pasaran Malaysia, RM 45,499.00

Honda CBR650R 2019 secara rasminya diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tarikh 11hb. April 2019 yang lalu. Dilancarkan oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) selaku pengedar sah, model supersport kelas pertengahan itu ditawarkan pada harga asas RM 45,499.00, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan.

Honda CBR650R serba baharu tersebut tampil dengan fairing penuh yang bergaya dan sporty, diinspirasikan daripada model supersport kelas premium Honda CBR1000RR Fireblade. Rekaannya mempunyai garis-garis tajam dan agresif, di samping bahagian belakang yang pendek dan lampu LED berkembar yang nipis.

Honda CBR650R juga mempunyai berat 6 kg lebih ringan berbanding model terdahulu Honda CBR650F (model yang digantikan), di samping menawarkan posisi tunggangan yang lebih sporty, dimana palang pemegangnya diposisikan 30 mm ke hadapan manakala perehat kaki dialihkan sedikit ke belakang pada kedudukan yang lebih tinggi.

Beralih ke bahagian penjana kuasa, enjin empat silinder sejajar Honda itu menawarkan revolusi 1,000rpm lebih tinggi, sekaligus mampu menjana 5% lagi kuasa dengan output maksimum 70kW pada putaran enjin 12,000rpm. Ia kemudiannya dipadankan bersama chasis yang unggul dan kemas, sesuai dengan nama ‘R’ yang dibawanya itu.

Honda CBR650R serba baharu hadir dengan spesikasi canggih, antaranya 41mm SHOWA upsidedown ‘Separate Function’ forks, angkup brek hadapan empat omboh dengan pemasangan radial, kawalan cengkaman melalui Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Assist/Slipper Clutch untuk tukaran gear yang lebih lancar.

Selain itu, CBR650R turut dilengkapi dengan pelbagai ciri yang praktikal seperti lampu LED penuh serta paparan instrumen LCD baharu. Ia kini mempunyai paparan Posisi Gear dan indikator Shift Up dan isyarat berhenti kecemasan bagi tujuan keselamatan. Dua pilihan warna yang tersedia ialah Grand Prix Red dan Gunpowder Black Metallic.

Spesifikasi teknikal Honda CBR650R 2019 :

    • Engine : 649cc, 4-cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC
    • Maximum Power : 93.8hp (70kW) @ 12,000rpm
    • Maximum Torque : 64Nm @ 8,500rpm
    • Transmission : 6-speed, Mechanical (Chain Drive)
    • Starter : Electric
    • Frame : Diamond
    • Width X Length X Height (mm) : 750 x 2,130 x 1,150
    • Wheelbase (mm) : 1,450
    • Ground Clearance (mm) : 130
    • Seat Height (mm) : 805
    • Curb Weight (KG) : 207
    • Fuel Tank Capacity (Litres) : 15.4
    • Suspension (front) : Showa Separate Function Forks (SFF) Upside Down (USD) 41mm
    • Suspension (rear) : Mono with 10 Stage Preload Adjuster Aluminium Cast Swing Arm
    • Brakes (front) : Hydraulic Double Disk, ABS, HSTC
    • Brakes (rear) : Hydraulic Single Disk, ABS, HSTC
    • Tyre (front) : 120/70ZR17M/C (58W)
    • Tyre (rear) : 180/55ZR17M/C (73W)

Galeri : Honda CBR650R 2019