Yamaha VR150 pernah ditawarkan di pasaran Thailand

Salah sebuah model dua lejang keluaran Yamaha yang pernah ditawarkan di pasaran Thailand ialah Yamaha VR150. Menurut sejarahnya, model ini dilancarkan pada tahun 1987 dan pengeluarannya berterusan sehingga pertengahan tahun 1990an. Tidak pasti sama ada model ini juga dilancarkan di pasaran lain selain daripada Thailand.

Yamaha VR150 dilengkapi enjin bersesaran 147.6cc dengan kelengkapan sistem penyejuk jenis cecair, sistem YEIS (Yamaha Energy Induction System), dan kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan. Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum sehingga 28hp @ 9,500rpm dengan tork maksimum 21.5Nm @ 9,000rpm.

Berdasarkan paparan imej bagi model Yamaha VR150R keluaran tahun 1993 (Merah) dan Yamaha VR150 keluaran tahun 1994 (Hitam), seperti mana dalam galeri di bawah, ianya dilengkapi beberapa spesifikasi yang menarik seperti sistem brek cakera depan dan belakang, suspensi belakang mono cross, dan lampu signal depan bersepadu.

(Visited 4,065 times, 1 visits today)