Kawasaki Ninja 400 2021 dilancarkan di pasaran Thailand, harga bermula dari THB 210,400

Kawasaki Thailand hari ini telah mengemaskini laman sesawang mereka, dengan memasukkan paparan dua model terbaharu. Kedua-dua model tersebut ialah Kawasaki Ninja ZX-25R 2021 yang dijual pada harga THB 269,000 (RM 36,413.77), dan Kawasaki Ninja 400 2021 dengan harga bermula dari THB 210,400 (RM 28,481.26).

Berikut ialah senarai harga untuk Kawasaki Ninja 400 2021 di pasaran Thailand :

  • Kawasaki Ninja 400 2021 (Black) : THB 210,400 (RM 28,481.26)
  • Kawasaki Ninja 400 2021 (Green) : THB 216,200 (RM 29,266.39)
  • Kawasaki Ninja 400 SE 2021 (Blue) : THB 216,200 (RM 29,266.39)
  • Kawasaki Ninja 400 HG 2021 (Gray) : THB 226,800 (RM 30,701.28)

Apa yang dapat kita lihat di sini ialah harga yang ditawarkan untuk Kawasaki Ninja ZX-25R adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan harga Kawasaki Ninja 400. Namun seperti mana kita semua telah sedia maklum, Kawasaki Ninja ZX-25R dilengkapi enjin 250cc empat silinder yang berkuasa dan beberapa spesifikasi yang lebih premium.

Kawasaki Ninja 400 2021 untuk pasaran Thailand dikuasakan enjin bersesaran 399cc (Liquid-cooled, 4-stroke, Parallel Twin, DOHC, 8 valves), yang kemudiannya digandingkan dengan transmisi enam kelajuan. Sistem transmisi tersebut dibantu oleh Assist & Slipper Clutch untuk operasi penukaran gear yang lebih lancar dan mudah.

Kuasa yang dihasilkannya mencapai 45hp, sama seperti model Kawasaki Ninja 400 SE ABS 2020 di pasaran Malaysia. Berbalik kepada perbezaan harga di antara Kawasaki Ninja ZX-25R dan Kawasaki Ninja 400, para peminat Kawasaki di pasaran Thailand pastinya lebih rasional dalam memilih di antara kedua-duanya.

(Visited 1,074 times, 1 visits today)