Kawasaki Ninja 400 model tahun 2020 terima kemaskini warna baharu untuk pasaran USA

Untuk pasaran USA, model sportbike Kawasaki Ninja 400 model tahun 2020 kini telah menerima kemaskini warna baharu, dalam tiga pilihan warna kesemuanya. Ketiga-tiga warna baharu tersebut ialah Pearl Blizzard White, Metallic Spark Black / Metallic Magnetic Dark Gray / Phantom Blue dan Ebony / Lime Green (KRT Edition).

Bagi pilihan warna KRT Edition untuk musim 2020, terdapat beberapa perbezaan dalam adunan warna dan rekaan grafik jika dibandingkan dengan warna KRT Edition musim 2018 / 2019. Untuk melihat perbezaannya dengan lebih jelas, anda boleh membuat perbandingan melalui paparan gambar-gambar yang tersedia dalam galeri di bawah.

Beralih ke bahagian teknikal, didapati tiada sebarang perubahan, di mana ianya masih dikuasakan enjin bersesaran 399cc (4-stroke, Parallel Twin, DOHC, liquid-cooled) yang digandingkan dengan transimisi enam kelajuan. Bagaimanapun jumlah keluaran kuasa kuda dan tork tidak dipaparkan di dalam laman sesawang rasmi Kawasaki USA.

Antara ciri-ciri yang menjadi kelebihan untuk Kawasaki Ninja 400 2020 ini ialah reka bentuk dan penampilannya yang agresif dan sporty, lampu depan LED jenis berkembar, panel instrumen berkualiti tinggi, casis jenis trellis yang ringan, sistem Assist & Slipper Clutch, suspensi belakang Uni-Trak, dan brek cakera depan dengan diameter 310 mm.

Berikut ialah senarai harga yang ditawarkan di pasaran USA :

  • 2020 Kawasaki Ninja 400 Non-ABS : MSRP $4,999 – $5,199
  • 2020 Kawasaki Ninja 400 ABS : MSRP $5,299 – $5,499
  • 2020 Kawasaki Ninja 400 Non-ABS (KRT Edition) : MSRP $5,199
  • 2020 Kawasaki Ninja 400 ABS (KRT Edition) : MSRP $5,499

Artikel berkaitan : Kawasaki Ninja 400 SE ABS 2020 di pasaran Malaysia – RM 29,998.00

Galeri : 2020 Kawasaki Ninja 400 ABS (USA)

Galeri : 2018 / 2019 Kawasaki Ninja 400 ABS KRT Edition (USA)

(Visited 134 times, 1 visits today)