Yamaha Motor Europe pada dua hari yang lepas secara rasminya memperkenalkan Yamaha Ténéré 700 Rally Edition model tahun 2020 terbaharu. Model tersebut tampil istimewa dengan warna tunggal Sky Blue yang bersejarah, sebagai penghormatan kepada model Yamaha XT600Z Ténéré 1983 yang menjadi asas kepada jentera rali Paris-Dakar yang ditunggang oleh Jean-Claude Olivier dan Serge Bacou.
Jentera pengembaraan Yamaha Ténéré 700 sebelum ini dilancarkan di pasaran Eropah pada tahun 2019, dan sehingga kini lebih 8,000 unit telah terjual. Untuk versi Ténéré 700 Rally Edition, ianya menampilkan spesifikasi yang lebih tinggi sebagai ciri standard, dan dilengkapi dengan beberapa komponen yang meningkatkan lagi paras perlindungan untuk casis dalam situasi tunggangan off-road yang lasak dan mencabar.
Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2020 dikuasakan enjin bersesaran 689cc (liquid-cooled, 4-stroke, 4-valves, DOHC, 2-Cylinder) yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Berprestasi tinggi, enjin tersebut menawarkan kuasa maksimum 72hp (54kW) @ 9,000rpm dengan tork puncak 68Nm@6500rpm. Untuk tunggangan yang lebih mudah, tempat duduk one-piece Rally Seat kini 20 mm lebih tinggi kepada 895 mm, manakala jarak kelegaan tanah minimum mencapai angka 240 mm.
Untuk perjalanan yang lebih jauh, ianya dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti penuh 16 liter. Unntuk mengharungi pelbagai bentuk muka bumi yang serba mencabar pula, suspensi depannya terdiri daripada fork teleskopik jenis upside down dengan travel 210 mm, yang kemudiannya digandingkan bersama-sama suspensi belakang monoshock (link type suspension) dengan travel 200 mm. Tugasan pemberhentian disempurnakan oleh brek cakera hidraulik berkembar 282 mm di bahagian depan, manakala di bahagian belakangnya ialah brek cakera tunggal berdiameter 245 mm.
Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2020 dilengkapi tayar depan dalam siri 90/90 R21 M/C 54V M+S (Spoke wheels with Pirelli Scorpion Rally STR), sementara tayar belakangnya hadir dalam siri 150/70 R18 M/C 70V M+S (Spoke wheels with Pirelli Scorpion Rally STR). Untuk pasaran Eropah, ianya akan tiba di bilik pameran wakil pengedar Yamaha mulai bulan Julai 2020. Untuk pasaran UK, harga yang ditawarkan bermula dari £ 10,447.00, bersamaan RM 55,488.36 mengikut kadar tukaran semasa.
2020 Yamaha Ténéré 700 Rally Edition Highlights
- Iconic heritage colours with historic Dakar factory race bike influence
- Enhanced Rally feeling from Rally Seat, tank grip pads and off road grips
- Lightweight Akrapovič slip-on muffler gives rich, deep and throaty sound
- Extra protection from the heavy-duty skid plate, radiator guard and chain guard
- Durable and modern LED flashers front and rear
- Characterful 689cc, 4-stroke, CP2 engine delivering high levels of linear torque
- Lightweight and durable double cradle tubular steel frame
- Slim, compact and ergonomic body
- Aggressive rally-bred face with 4 x LED headlights
- Adjustable long-travel front and rear suspension
- Tough and lightweight 21 inch / 18 inch spoked wheels with adventure tyres
- Switchable ABS for on the fly adjustment
Galeri : Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2020
Galeri : Yamaha XT600Z Ténéré 1983