Aprilia Pagani 150 dilancarkan untuk pasaran China

Untuk pasaran China, Piaggio Group dan Zongshen Industrial Group telah bekerjasama menubuhkan syarikat Zongshen Piaggio Foshan Motorcycle Co. Ltd., dalam mengeluarkan model-model motosikal dan skuter berjenama Piaggio dan juga Aprilia.

Baru-baru ini, syarikat tersebut telah memperkenalkan sebuah model baharu Aprilia Pagani 150 yang tampil dengan gaya retro yang cukup menawan dan elegan. Aprilia Pagani 150 merupakan sebuah model dalam segmen Cafe Racer, dikuasakan enjin empat lejang bersesaran 149cc dengan padanan transmisi enam kelajuan.

Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 17.8hp (13.3kW) @ 9,750rpm dengan tork puncak 14Nm @ 7,500rpm. Aprilia Pagani 150 dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti penuh 9.5 liter, sistem brek cakera dengan ABS, panel meter digital, tayar depan 100/80-17, tayar belakang 130/70-17, dan mempunyai berat 133 kilogram.

Aprilia Pagani 150 model tahun 2020 untuk pasaran China ini boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu merah dan biru, manakala harganya ditetapkan sebanyak CNY 21,800. Ianya bersamaan dengan RM 13,160.27 mengikut kadar tukaran semasa.

(Visited 78 times, 1 visits today)