Geely JL110-13 di pasaran China, tampil menarik dan sporty

Model motosikal yang dipaparkan di dalam artikel ini merupakan keluaran syarikat Zhejiang Geely Ming Industrial Co. Ltd. dari negara China. Namun nama sebenarnya tidak dapat dipastikan, dan hanya dikenali dengan kod nama Geely JL110-13.

Ianya dilengkapi enjin empat lejang satu silinder jenis menegak bersesaran 106.7cc yang menghasilkan kuasa maksimum 7.0hp (5.2kW) @ 7,500rpm dengan tork 7.2Nm @ 5,000rpm. Enjin tersebut dilengkapi sistem penyampaian bahan api karburator, sistem penyejukan udara, seterusnya dipadankan dengan transmi empat kelajuan.

Ciri-ciri lain yang melengkapinya termasuklah sistem penghidup jenis tendang dan elektrik, tangki bahan api dengan isian penuh 4 liter, suspensi belakang jenis monoshock, sistem brek cakera depan dan belakang, rekaan ekzos dan sport rim yang bergaya, serta mempunyai berat kering 93 kg dan kelajuan maksimum 80 km/j.

Menurut syarikat pengeluarnya, pasaran untuk model ini selain China ialah Amerika Latin dan Asia Tenggara. Seperti kebiasaannya yang dapat kita lihat, syarikat daripada luar negara China boleh mengimport motosikal dari negara China untuk dijual semula, dengan menggunakan jenama masing-masing sebagai strategi perniagaan.